6 Tip jimat wang ketika membeli-belah



1) Menyediakan Senarai barangan

Buat senarai barangan yang hendak dibeli . Cara ini membantu kita membeli barangan harian yang perlu sahaja dan tidak membeli barang-2 yang tidak penting.


2) Bawa sejumlah wang yang kecil

Seandainya ingin membeli-belah , bawalah sedikit wang sahaja , atau kata orang " cukup-2" , seperti rm50 atau rm100. Kaedah ni boleh mengelakkan kita daripada berbelanja lebih dan hanya membeli barang2 yang di perlukan.


3) Perhati barangan yang disusun di rak bawah

Kebiasaannya kita kerap melihat dan memilih barang2 yang diletakkan pada aras mata atau yang tersusun di rak atas. Kadang-kala kita langsung tidak perasan barang yang di susun di rak paling bawah. Cuba korang perhatikan barang2 di rak bawah , kebiasaanya harganya lebih rendah.


4) Elak memilih barangan berjenama

Harga barangan berjenama lebih mahal daripada yang tidak berjenama. Pilihlah dengan bijak dengan memilih kualiti bukan jenama.


5) Pembelian saat akhir

Elak membeli barangan yang di susun di kaunter pembayaran. Kebanyakan harga barang2 ini lebih murah


6) Makan sebelum membeli-belah

Makan di rumah dahulu sebelum keluar membeli-belah. Cara ini dapat mengelakkan perbelanjaan tambahan untuk makan dan minum di restoran atau membeli makanan ringan . Jika kenyang , Keinginan untuk berlanja lebih terutamanya membeli makanan dapat di atasi. Ini disebabkan rasa lapar yang selalu memdorong seseorang untuk berbelanja lebih.


Renung2kan dan selamat beramal ;)



No comments:

Post a Comment

Salam.
Meh le comment sikit.