Pemain badminton negara, Lee Chong Wei tewas kepada musuh ketat daripada
China, Lin Dan pada perlawanan akhir perseorangan Sukan Olimpik 2012
tetapi namanya menjadi fenomena di Twitter.
Hampir setengah juta orang menyebut tentang Chong Wei, memberi sokongan padu serta semangat kental baginya untuk berjuang. Menurut laman web Twitter, terdapat 16,847 tweet per minit yang menyebut tentang perlawanan akhir tersebut. Menyebut nama Chong Wei juga meraih lebih daripada 9,200 tweet per minit. Secara jumlahnya Chong Wei meraih hampir 500,000 sebutan pada hari Ahad tersebut berbanding Lin Dan yang meraih 238,000. Fenomena ini bukan terhenti di situ sahaja malah hampir 50,000 menjadi pengikut Twitter akaun Chong Wei 24 jam selepas perlawanan itu. Sumber : MyLaunchPad |
No comments:
Post a Comment
Salam.
Meh le comment sikit.