Sebelum tu , Tekan Sini dulu. lepas tu , Click Sini pulak , Dan last Sini :)
KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Penyanyi, Shila Amzah akui
dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia
mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini
bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu
ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.
"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya
sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya.
Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.
"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat,
dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan
keputusan saya untuk berhijrah," katanya ketika dihubungi oleh
murai.com.my
Bercerita lanjut, bagaimana saat-saat penyanyi Patah Seribu itu mula
yakin dengan keputusannya untuk berhijrah, Shila memberitahu semuanya
bermula ketika dia mahu berjumpa dengan kekasihnya yang juga pelakon,
Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama pada Sabtu lalu.
"Terus-terang sejak 2 bulan lalu juga rasaya saya sudah mula mengenakan
pakaian yang sopan dan tidak terlalu terdedah atau jarang seperti
sebelum ini.
"Namun, kejadian yang saya tidak boleh lupa yang menyebabkan saya mahu
berhijrah adalah apabila saya dengan tidak semena-mena telah mencapai
tudung ketika hendak keluar berbuka puasa bersama Sharnaaz dan
peminatnya.
"Sharnaaz yang terkejut melihat perubahan saya turut gembira dengan apa
yang berlaku ke atas diri saya. Selepas majlis berbuka itu, saya dapati
saya tidak mampu lagi untuk membuka hijab. Malah selesa mengenakannya
bila hendak keluar ke mana-mana sahaja," luahnya lagi.
Shila yang mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya turut
berharap penghijrahannya itu akan berkekalan hingga akhirnya.
"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebaikan ke atas diri saya
supaya perubahan ini berada dalam istiqomah dan saya akan terus menjadi
insan yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah," tambahnya lagi.
Shila bakal muncul dalam program Mania Raya pada Aidilfitri ini di Astro Ria.
Sumber :
Murai