KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.
Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia ini.
Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.
Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.
Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.
Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.
Sumber : Murai
4 comments:
bertuah kah dipeluk lelaki yang bukan muhrim dia?
sepatutnya ia menjadi berita tergempar..
**mudah-mudahan menjadi pengajaran buat kita semua..
adehh. arina2. tu pon dikatakn bertuah?-.-"
@Awesomeness : haha , entah la . along pun bkan mnt si Bibir tu , nyampah je sebenarnye ~ haha ~ ni pown mek kt murai :)
@bai baizura : bertuah bagi orang yang mnt JB , saya x rasa pown , sbb x mnt langsong kt bibir tu haha. nyampah ade ar ~
Post a Comment
Salam.
Meh le comment sikit.