Bahana Fitnah


Salam , Along nak kongsi pasal Bahana Fitnah pulak dengan kowng . Jangan Fitnah2 orang taw. Fitnah lebih jahat daripada membunuh ;)


Fitnah : Membuang masa!

Mungkin itulah perkataan yang sesuai dengan fitnah . Korang perlu tahu , Fitnah adalah perbuatan yang salah dan juga tidak membawa faedah untuk korang . Korang hanya membuang masa dengan mencerita sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan atau aib seseorang . Lebih baik korang menggunakan masa tersebut untuk mengulang kaji perlajaran , tolong family , bersukan dan lain-2 lagi yang berfaedah ;)

Fitnah : Mendatangkan dosa!

Macam along cakap tadi , Fitnah lebih berdosa daripada membunuh . Untuk pengetahuan korang , fitnah bukan sahaja berdosa di sisi agama Islam tetapi juga menyebabkan korang kehilangan kawan . Kawan-2 korang akan menjauhkan diri kerana timbulnya rasa tidak percaya dalam hubungan persahabatan korang tu. Korang akan kesunyian dan keseorangan kerana tidak mempunyai sahabat. Tentu sukar untuk korang menjalani kehidupan , terutamanya yang bersekolah atau belajar lagi . Kerana belajar harus mempunyai kawan untuk beri kita nasihat dan belajar bersama .

Fitnah : Hilang kawan

Fitnah juga boleh membuat korang dan kawan bergaduh serta melahirkan sikap tidak puas hati di antara satu sama lain . Seandainya pergaduhan berlaku , korang dan kawan juga akan rugi . Ini kerana , Secara tidak langsung akan mengganggu pelajaran dan membuat exam korang merosot bagi yang masih belajar . Jika korang tidak puas hati dengan kawan korang , Lebih baik kiranya berterus terang ataupun menggunakan pihak ketiga bagi menguraikan masalah tersebut.


Doa selamat daripada fitnah




No comments:

Post a Comment

Salam.
Meh le comment sikit.