Al-fatihah kepada sahabat ku



nama sebenarnya: fathullah bin yassin
meninggal: 1.15 pagi, depan sekolah kee chee. Alor setar
umur :15


Salam kawan-2 , sedekahkan al-fatihah kepada kawan along , kenal dalam game online je .Tapi selalu melalot kt forum game online tu same-2. Tapi allah lebih menyayangi die . kepada sahabat-2 lain . sila tekan Share atas tu untuk kongsi kepada rakan-2 yang mengenali arwah. supaya lebih ramai doakan al-fatihah kepada arwah .

Dari IM sahabat lain , Kawan Arwah bagitahu .





Sumber dari Berita Harian Online (CLICK UNTUK LEBIH LANJUT) : -

Link

Calon PMR bersama seorang rakan maut dalam kemalangan


2011/09/18


Arwah menaiki moto dan di rempuh kereta SUV , Yang along tahu cine kerete ni mabok!ALOR SETAR: Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) bersama rakannya maut dalam kemalangan awal hari ini selepas dilanggar sebuah jip semasa membuat pusingan U di Batu 2 Jalan Langgar di sini.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata mangsa meninggal dunia di HSB jam 3 pagi.
Kejadian itu berlaku jam 1.15 pagi semasa mangsa Mohd Fatullah Yassin, 15, bersama rakannya dikenali sebagai Mohd Shahman, 16, yang menunggang motosikal, sedang dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Taman Pulai Jaya di sini.
Mohd Fatullah adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar manakala Mohd Shahman pula pelajar Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium di sini.

Abang Mohd Fatullah, Mohd Faqeh Yassin, 22, berkata adiknya ke rumah jiran selepas pulang dari rumah bapa saudara mereka di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Kepala Batas dekat sini.

Bercakap kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, beliau berkata, keluarganya tidak tahu bila Fatullah keluar dari rumah jirannya untuk pergi mengambil Shahman.

Katanya, mayat adiknya akan dibawa ke kampung mereka di Parit, Perak untuk dikebumikan. - BERNAMA .





No comments:

Post a Comment

Salam.
Meh le comment sikit.