KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor
satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi
menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album
keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage
Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.
Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di
dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan
kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk
para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia
ini.
Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat
kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan
anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18
tahun itu.
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis
berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan
menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu
penutupnya, Boyfriend.
Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara
akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum
meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.
Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia
menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby.
Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang
menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.
Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan
oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As
Love Me.
Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe,
majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka
peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang
akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi
apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola
ternama dunia tersebut.
Sumber :
Murai